Monday, 17 June 2013
Friday, 11 January 2013
Tiada Lagi Dia..
Suatu masa dahulu
Hati tertanya-tanya
Bilakah saatnya akan tiba
Untuk aku melepaskan dia pergi
Dengan redha yang sebenar-benarnya
Suatu masa dahulu
Hati tertanya-tanya
Bilakah waktunya akan tiba
Untuk aku belajar menerima hakikat
Yang dia tercipta bukan untukku
Dan hari ini
Setelah masa berganti masa
Setelah segala kepedihan mulai hilang
Setelah hati benar-benar redha
Kenangan pada dia ku biarkan menjauh
Masa silam yang kelabu ku biarkan berlalu
Kerana di hadapan
Aku ingin mengusir derita
Aku ingin berlagu riang
Aku ingin melakar bahagia
Walau di sisi
Tiada lagi dia.......
Sunday, 6 January 2013
Gonna be ok...
PEDULIKAN KATA ORANG
YANG BISA MELEMAHKAN HATI
KERANA BAHAGIA ATAU TIDAK
BUKAN MEREKA YANG TENTUKAN
DENGAN IZIN ALLAH S.W.T..
INSYAALLAH..
EVERYTHING GONNA BE OK..
Subscribe to:
Posts (Atom)