bila impian dan kenyataan tidak bersatu..sang pemimpi mula berbicara..mengharap angan dan realiti menjadi satu..agar duka semalam tidak lagi melara

Monday 7 July 2014

Sang pemimpi tidak lagi bermimpi...

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)" Al-Baqarah. ayat 214.

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah....segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa, Maha Mengasihi lagi Maha Mengetahui. Mengenangkan perjalanan hidup yang dilalui membuatkan hati rasa terharu dan sebak. Terbayang-bayang saat-saat sukar yang dilalui....terngiang-ngiang kata-kata yang merosakkan motivasi diri dan tergambar kepayahan menempuh dugaan di kala itu. Betapa diri di waktu itu...begitu lemah dan kerdil. Luaran mungkin kelihatan tabah namun hati yang rapuh di dalam tiada siapa yang tahu. Rasa putus asa dan rasa kecewa pernah menghimpit diri tetapi sokongan dan dorongan keluarga dan kawan-kawan rapat sedikit sebanyak menambahkan semangat diri untuk lebih berusaha memperbaiki kehidupan dan mengajar diri untuk lebih bersabar dan menerima ketentuan Ilahi dengan redha. Walaupun berat beban yang dipikul tetapi hati percaya dan yakin bahawa sesungguhnya Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Pertolongan Allah itu pasti akan datang bila tiba masanya. 

Alhamdulillah.. janji Allah itu adalah benar. Rezeki untuk meningkatkan ekonomi hadir di hujung tahun 2012. Dan tanpa diduga.. di awal tahun 2013, sekali lagi Allah membuktikan kekuasaannya dengan menghadirkan seorang lelaki yang baik bergelar 'suami'. Dan dengan izin Allah..tanpa menunggu masa yang lama, Allah kurniakan kami permata hati untuk mengukuhkan lagi ikatan suami isteri. 


Penantian dan kesabaran selama ini terbalas. DIA hadirkan rezeki kerja yang baik, suami yang penyayang dan anak yang cerdik...satu demi satu hadir dalam selang masa yang dekat. Allahuakbar....masih tergambar suatu masa dahulu..betapa banyak airmata yang keluar, betapa banyak mimpi-mimpi yang dianyam, dan betapa banyak persoalan 'bila..bila..bila' bermain di minda...dan hari ini Allah telah menjawab segala-galanya. Penantian dan kesabaran selama ini terbalas. Syukur alhamdulillah atas segala nikmat yang diberikan. Hati kian menyakini bahawa pertolongan Allah itu ternyata dekat asalkan kita bersabar. Dan hari ini..sang pemimpi tidak lagi bermimpi;-)

“Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?”
[Surah Ar-Rahman : 13]

Monday 3 March 2014

kotak comel untuk si dia..

Masa yang ditunggu2 dah semakin hampir. Dalam duk berdebar-debar menanti kurniaan ilahi...persiapan perlu dilakukan. Tengah duk intai2 barang baby kt blog..ternampak kotak comel ni...untuk letak pakaian baby. Teringin sangat nk kotak cmni. So mintak husband tolong2 carikan kt mall. Tapi hampa seribu kali hampa.. kotak yg dicari xjumpa2.. 

So...untuk menebus kekecewaan...kami suami isteri sepakat beli storage box beroda n tampal stiker ikut kreativiti sendiri. Dan ini hasilnya...









Dari nak beli 1 box...terbeli 3 box. Tak tahula nak isi apa dalam ni nanti. Apapun thanks to mr hubby coz sudi memenuhi permintaan si isteri..;-)

Apapun semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkanNYA. Sama2 tlg doakan yer...TQ~~


2014....

Sedar tak sedar dh masuk 2014 rupanya. Sudah berabad rasanya tidak mengupdate blog bicarasangpemimpi ni. Sejak status dah  berubah..idea untuk berbicara di blog seakan tepu. Apapun kedatangan 2014 disambut dengan harapan...agar kehidupan lebih baik dari sebelumnya...Insyaallah...