bila impian dan kenyataan tidak bersatu..sang pemimpi mula berbicara..mengharap angan dan realiti menjadi satu..agar duka semalam tidak lagi melara

Monday, 21 November 2011

Sekiranya Aku Jatuh Cinta..

Di saat cinta mula menghuni hati
Di saat irama rindu mula berkumandang
Hati mula bertanya
Benarkah perasaan ini
Jujurkah rasa ini
Sungguh..
Aku amat takut
Andainya perasaan ini salah
Andainya rasa ini palsu
Justeru itu
Aku mohon padaMu..Ya Allah..
Sekiranya aku jatuh cinta
Jatuhkan cintaku ini pada dia
Yang tahu menghargai cintaku

 Yang mencintai aku seikhlas hatinya
Yang tulus mengasihiku
Yang menerima aku seadanya aku
Yang boleh mbimbingku ke jalanMU
Dan Ya Allah..
Aku mohon..
Sekiranya aku jatuh cinta
Jatuhkan cintaku ini pada dia
Yang mencintaiMU
Lebih dari  segalanya….

No comments:

Post a Comment